KUALA LUMPUR 4 Ogos - PT Excelcomindo Pratama Tbk (XL), yang majoriti kepentingannya dimiliki Axiata Group Bhd. mengumumkan rancangan untuk melaksanakan terbitan hak bagi mengumpulkan hasil kasar kira-kira AS$300 juta (RM1.05 bilion).
XL adalah penyedia selular utama di Indonesia yang kebanyakan kepentingan utamanya dimiliki oleh Axiata melalui Indocel Holding Sdn. Bhd., dengan kepentingan 83.8 peratus.
Objektif utama mengumpulkan modal itu ialah untuk membolehkan XL mengekalkan kefleksibelan kewangan dan mengekalkan satu kunci kira-kira dan profil kredit yang kukuh, kata Axiata dalam kenyataannya di sini hari ini.
“Jumlah yang dikumpul itu bertujuan memastikan syarikat itu dilengkapi sepenuhnya bagi mencatatkan pertumbuhan jangka panjang,” katanya.
“Sebagai pemegang saham terbesar, kami komited memastikan pertumbuhan jangka panjang XL dan sememangnya percayai terhadap potensinya,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Axiata, Datuk Seri Jamaludin Ibrahim.
“Proses kewangan ini menunjukkan sokongan penuh Axiata kepada XL, dan akan menyediakan keupayaan kewangan untuk terus melabur di dalam perniagaannya dan meneruskan pengukuhan kedudukan pasarannya,” katanya.
utusan
Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) dilancarkan semalam oleh Perdana Menteri dengan jumlah dana RM10 bilion, saiz dana terbesar pernah dikeluarkan oleh PNB.
Terbuka kepada warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan harga RM1 seunit.
Boleh dilanggan mulai 5 Ogos hingga 3 September 2009.
Daripada 10 bilion unit AS1M, sebanyak 50% diperuntukkan kepada bumiputera, 30% Cina, 15% India dan 5% kaum lain.
Boleh dilanggan dengan jumlah pelaburan minimum 100 unit.
Had langganan maksimum ditetapkan pada 50,000 unit bagi setiap pelabur berumur 18 tahun dan pelabur melebihi 55 tahun pula sebanyak 100,000 unit.
100 unit percuma AS1M diperuntukkan kepada hampir 50,000 pelajar tahun satu peringkat ijazah pertama di IPTA bagi sesi pengajian 2009, membabitkan sejumlah RM5j - Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR: Maxis Communications Bhd will consider Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s call for its re-listing on Bursa Malaysia.
“The company will now take into consideration the Prime Minister’s suggestion when deciding on the timing to re-list the company.
“A further announcement will be made at the appropriate time,” it said in a statement here today.
On Wednesday, Najib said he had suggested to the telecommunication company to consider re-listing so as to attract more institutional investors and add more liquidity to the local bourse.
Maxis said that when the company was privatised and de-listed in 2007, the stakeholders articulated the possibility of re-listing after the internal restructuring.
Maxis made its debut on Bursa Malaysia on July 8, 2002 but five years later, Binariang GSM Sdn Bhd (part of Tan Sri T. Ananda Krishnan’s Usaha Tegas group) made a general offer to take the company private.
It’s market capitalisation prior to delisting stood at RM39.8 billion. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysian tycoon Ananda Krishnan is set to restructure his premier satellite television operator, Astro All Asia Networks, in a RM9 billion (S$3.9 billion) transaction that will rank as the region’s largest corporate exercise so far this year.
Under the proposed corporate deal, Astro’s two main shareholders - the Ananda-controlled private investment company Usaha Tegas and Malaysia’s state-owned Khazanah Holdings - will acquire the satellite television company’s fledgling and still unprofitable international business interests.
The planned hive-off of its international business will turn the Malaysian-listed Astro into a clean entity that will house its profitable domestic operations, bankers close to the transaction told The Straits Times.
Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah), melabur kira-kira AS$25 juta (RM90 juta) dalam Small Bone Innovations, Inc. (SBi), sebuah syarikat utama di Amerika Syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang ortopedik.
Pelaburan itu merupakan sebahagian daripada siri D pusingan pembiayaan berjumlah AS$108 juta (RM388 juta) yang dilakukan oleh SBi, bersama-sama para pelabur lain, termasuk Goldman Sachs Group, Inc., syarikat modal teroka bersepadu, Malaysian Technology Development Corporation Sdn. Bhd. (MTDC), Family Office of Bahrain dan Trevi Health Ventures.
Dalam satu kenyataan hari ini, Khazanah berkata, menerusi pelaburan itu, SBi memutuskan untuk mewujudkan hab Asia Pasifiknya di Kuala Lumpur bagi melaksanakan aktiviti seperti penyelidikan biobahan, pembangunan produk, ilmu pembedahan serta pengedaran, di rantau ini.
SBi juga kini meneroka kemungkinan menubuhkan pusat pengilangan Asia Pasifik di Malaysia untuk produk-produknya, katanya.
UTUSAN
Proton Holdings Bhd. (Proton) melalui Lotus Group International Ltd. (Lotus) menyasar menjual 50 hingga 60 kereta Lotus yang diimport sepenuhnya (CBU) setahun.
Harga bagi setiap kereta sport itu antara RM238,600 hingga RM338,800 sebuah.
Pengerusi Proton dan Lotus, Datuk Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh berkata, sehingga kini, pemilik kereta Lotus di Malaysia adalah seramai 150 orang dan jumlah itu meningkat dari tahun ke tahun.
“Kami yakin, setelah memulakan pameran kereta Lotus, ia akan menarik minat pemandu atau penggemar lumba kereta. Jenama Lotus akan menjadi trend kepada mereka yang suka gaya ranggi,” katanya.
UTUSAN
Khazanah
Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) masih mampu mengharungi cabaran ekonomi yang getir apabila kesemua portfolio bagi separuh pertama tahun berakhir 30 Jun lalu menyaksikan nilai aset di zahirnya meningkat kepada RM85 bilion.
Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, prestasi itu merupakan satu peningkatan besar berbanding nilai aset di zahir bernilai RM69.5 bilion yang dicatatkan pada 31 Disember tahun lalu.
Menurut beliau, nilai bersih portfolionya melonjak secara signifikan sebanyak RM11.1 bilion atau 3.4 peratus kepada RM44 bilion, menunjukkan jumlah aset yang besar yang meliputi keseluruhan liabiliti sebanyak 2.1 kali.
”Dengan suntikan sebanyak RM10 bilion melalui pelan rangsangan ekonomi kedua yang lebih menjurus kepada pelaburan bagi projek-projek besar, Khazanah kini berada dalam kedudukan baik untuk bertahan (bagi menghadapi situasi ekonomi) pada separuh kedua 2009,” katanya.
UTUSAN
Pemaju hartanah SP Setia Bhd. hari ini mengumumkan jualannya bagi tahun kewangan 2009 melepasi paras RM1 bilion.
Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Liew Kee Sin berkata, jualan syarikat berjumlah RM1.04 bilion pada Jun, berdasarkan kepada perjanjian jual beli yang dimeterai.
“Kebanyakan jualan disumbang daripada Pakej Pinjaman Rumah Setia 5/95 yang diperkenalkan pada 19 Januari,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan di luar persidangan Invest Malaysia 2009 di sini, hari ini.
Pakej pinjaman rumah itu membolehkan pembeli membayar hanya lima peratus permulaan daripada harga rumah. Semua yuran guaman dan duti setem bagi perjanjian jual beli akan ditanggung oleh SP Setia.
Kee Sin berkata, SP Setia tidak akan meneruskan pakej pinjaman itu yang berakhir pada 19 Julai.
UTUSAN