Air asia naik harga 0.85 ke 1.5

- air asia naik harga
Air asia naik harga 0.85 ke 1.5
Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) ditutup 4.64 mata lebih rendah pada 1,164.41, selepas dibuka pada 1,160.84 pagi semalam, turun 8.21 mata.
Phua Kwee Hock dari SJ Securities berkata, walaupun sentimen bercampur-campur, harga pulih sedikit, dirangsang keuntungan di Indeks FBM ACE.
Jumlah dagangan merosot kepada 1.003 bilion saham bernilai RM1.525 bilion daripada 1.022 bilion saham bernilai RM1.435 bilion pada Isnin.
Pendahulu dagangan, KNM Group naik empat sen kepada 79 sen, MRCB menambah dua sen kepada RM1.35 sementara Telekom Malaysia merosot empat sen kepada RM3.04 dan Bumiputra-Commerce turun enam sen kepada RM10.44.
IOI Corp turun 11 sen kepada RM5.09 sen sementara UEM Land dan TA, masing-masing menokok empat sen kepada RM1.60 dan RM1.20.
Di kalangan saham berwajaran tinggi, Sime Darby susut tujuh sen kepada RM8.23, Maybank empat sen lebih rendah pada RM6.43, TNB kehilangan 10 sen kepada RM8 sementara Axiata meningkat lapan sen kepada RM3.08.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama ialah 912.388 juta saham bernilai RM1.508 bilion, lebih tinggi berbanding 904,397 juta saham bernilai RM1.435 bilion kelmarin.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE berkurangan kepada 50.911 juta saham bernilai RM7.708 juta daripada 72.808 juta saham bernilai RM11.237 juta sebelumnya.
Waran pula merosot kepada 36.144 juta unit bernilai RM7.427 juta daripada 41.008 juta unit bernilai RM8.121 juta sebelumnya.
Produk pengguna menguasai 33.835 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian 232.258 juta, pembinaan 67.475
juta, urus niaga/perkhidmatan 338.296 juta, teknologi 18.565 juta, infrastruktur 13.340 juta, kewangan 88.131 juta, perhotelan 2.026 juta, hartanah 82.998 juta, perladangan 34.369 juta, perlombongan sifar, Reit 1.072 juta dan dana tertutup 22,300. - Bernama
HONG Leong Bank Group (HLB) meraih keuntungan sebelum cukai RM1.13 bilion dalam tahun kewangannya yang berakhir 30 Jun 2009, meningkat 12 peratus daripada RM1.01 bilion tahun kewangan sebelumnya.
Selepas cukai ditolak cukai, kumpulan perbankan itu meraih keuntungan bersih RM905 juta, naik 22 peratus daripada yang dicatatnya tahun kewangan lalu.
Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutifnya Yvonne Chia berkata, kumpulan itu mencatatkan prestasi menggalakkan meskipun persekitaran mencabar dan berdepan iklim ekonomi makro yang lemah dan menyaksikan keluaran dalam negara kasar pertama menguncup sebanyak 6.2 peratus.
Jumlah deposit pelanggannya meningkat lapan peratus kepada RM67.6 bilion berbanding RM62.5 bilion tahun lalu dan ia adalah antara tiga yang tertinggi dari segi saiz bagi deposit individu ketika ini.
BHarian
KUALA LUMPUR 14 Ogos - Malaysia bakal menikmati pembukaan pasaran yang lebih besar melalui pengurangan duti import ke India apabila Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN-India berkuatkuasa pada 1 Januari 2010.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam kenyataannya berkata, Mesyurat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) - India yang diadakan semalam di Bangkok, Thailand menegaskan mereka mahu FTA mengikut perancangan awal.
Di bawah perjanjian itu memperuntukkan pengurangan dan penghapusan duti secara progresif ke atas sebahagian besar produk-produk yang diperdagangkan oleh ASEAN dan India.
India akan mengurangkan duti import bagi 7,767 tarif atau produk pada 31 Disember 2013 dan 1,260 tarif pada 31 Disember 2016.
KUALA LUMPUR 14 Ogos - Bursa Malaysia Bhd. mencatatkan sejarah hari ini apabila ia menyenaraikan Sukuk pertama dan bon- bon konvensional Petronas serta Cagamas MBS Bhd.
Petronas menyenaraikan sukuk bernilai AS$1.5 bilion (RM5.25 bilion) dan bon konvensional AS$3 bilion (RM10.5 bilion) di bursa tempatan dan Bursa Kewangan Antarabangsa Labuan (LFX), yang dimiliki penuh oleh Bursa Malaysia.
Sukuk dan bon berdenominasikan ringgit itu mempunyai tempoh matang antara tiga dan 20 tahun dan distrukturkan berasaskan kepada prinsip Shari’ah Musharakah (Perkongsian Untung dan Rugi).
BERNAMA
PETALING JAYA 14 Ogos - Pelabur runcit tempatan masih menjauhi amanah pelaburan hartanah (REIT) walaupun ia menawarkan pulangan yang agak tinggi berbanding beberapa instrumen pelaburan lain.
Ketua Pegawai Eksekutif Axis REIT Managers Bhd., Stewart LaBrooy berkata, malah sebilangan besar pelabur runcit tidak memahami mengenai REIT dan kini secara majoriti peserta pasaran adalah pelabur institusi.
Menurutnya, menerusi REIT kini individu boleh melabur dalam hartanah yang memerlukan pelaburan yang besar seperti kompleks membeli belah dan bangunan pejabat.
”Pelabur tidak perlu risau tentang penyelenggaraan dan kutipan sewaan bangunan berbanding jika mereka melabur dengan membeli hartanah itu sendiri.
”Ia juga sesuai untuk mereka yang merancang (sumber kewangan selepas) persaraan kerana pelaburan dalam REIT memberi pulangan yang konsisten dan tinggi,” katanya pada taklimat media mengenai pameran bergerak MReit Investor Outreach di sini hari ini.
MReit Investor Outreach yang akan memberi penerangan mengenai pelaburan REIT pada Sabtu ini di Hotel Hilton Petaling Jaya, di sini.
Pameran bergerak itu ditaja dan disertai oleh AM ARA REIT Managers Sdn. Bhd., AmanahRaya-JFM Asset Management Sdn. Bhd., Axis REIT Managers Bhd., CIMB Investment Bank Bhd. dan Maybank Investment Bank Bhd. (Maybank IB).
UTUSAN
MK Land Holdings Bhd hit RM1 billion in sales
PROPERTY developer MK Land Holdings Bhd (8893)expects to hit RM1 billion in sales in the near term as it grows double-digit annually over the next five years.
In the shorter haul, MK Land expects sales to breach RM600 million next year, buoyed by the Armanee Terrace condominiums and Rafflesia, two core products within its Damansara Perdana township in Selangor.
This should reflect further progress in the company’s fortune after the return of Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar.
MK Land, in which Mustapha Kamal holds a majority stake, slipped into the red in the years ended June 2007 and 2008 on extra costs incurred because of errant contractors.
It was the period when Mustapha Kamal stepped down as executive chairman from April 2007.
His return as chief executive officer in June 2008 made an instant impact as the company turned in a net profit of RM13.2 million for the nine months to March 2009, reversing the loss of RM18 million a year ago.
MK Land is due to announce its recently-ended 2009 accounts on August 28, with Mustapha Kamal only hinting that he was happy with the result. He is more bullish over MK Land’s near to medium-term outlook.
“Instead of concentrating on other areas of our developments, we are focusing on the Damansara Perdana township.
“There are three major projects there - the Armanee Terrace, Rafflesia and Metropolitan Square. The projects alone will generate sales of about RM3.5 billion over five years,” he said after the handing over ceremony of eight Modenas Elegant motorcycles to the Selangor police yesterday.
KUALA LUMPUR 11 Ogos - Adakah mata wang China, Renminbi akan menjadi mata wang dunia menggantikan dolar AS tidak lama lagi?
Itulah persoalan yang bermain ketika ini berikutan China muncul antara kuasa ekonomi baru dan meninggalkan Amerika Syarikat yang masih bergelut untuk memulihkan ekonomi sendiri.
Bekas Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Citigroup Inc., Charles Prince berkata, adalah tidak mustahil untuk mata wang China itu menjadi mata wang global jika negara tersebut meneruskan penguasaannya dalam ekonomi dunia.
“Saya yakin Renminbi boleh mengganti dolar AS jika ekonomi negara itu meneruskan penguasaannya dan nilai dolar menjadi lemah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi speaker pada Simposium Pasaran-pasaran Modal Dunia di sini hari ini.
UTUSAN
Two of Malaysia’s largest companies are storming back into capital markets after a drought in offerings.
Petronas, the state energy group, has just sold the biggest Asian international corporate bond issue since 2003 while Maxis, Malaysia’s leading mobile operator, is considering an initial public offering that could be among the biggest in south-east Asia this year.
The $4.5bn global bond offering by Petronas included a $3bn, 10-year conventional issue and a $1.5bn five-year Islamic bond, that was the largest international sukuk denominated in US dollars since a $1.5bn Dubai Ports issue in 2007. Both tranches were priced at 162.5 basis points above US Treasuries with similar maturity. Citigroup, Morgan Stanley and CIMB, a Malaysian investment bank, were the bookrunners on the deal.
Strong interest in the issue, with a global order book of about $19bn, could lead to a revival in sukuk offerings after a slowdown last year due to the global financial crisis. Some 60 per cent of the Petronas sukuk issue was sold in Asia, 34 per cent in Europe and 6 per cent in the US
Malaysia has the world’s largest sukuk market. And according to Bloomberg data, Islamic issues in Malaysia amounted to M$18bn ($5bn) this year.
Petronas is expected to use the funds for offshore exploration and development of oil and gas fields near Malaysian territory on the island of Borneo.
There has been increased investor appetite for bond offerings by Asian state energy groups on expectations of a recovery in economic growth in the region.
KUALA LUMPUR 4 Ogos - PT Excelcomindo Pratama Tbk (XL), yang majoriti kepentingannya dimiliki Axiata Group Bhd. mengumumkan rancangan untuk melaksanakan terbitan hak bagi mengumpulkan hasil kasar kira-kira AS$300 juta (RM1.05 bilion).
XL adalah penyedia selular utama di Indonesia yang kebanyakan kepentingan utamanya dimiliki oleh Axiata melalui Indocel Holding Sdn. Bhd., dengan kepentingan 83.8 peratus.
Objektif utama mengumpulkan modal itu ialah untuk membolehkan XL mengekalkan kefleksibelan kewangan dan mengekalkan satu kunci kira-kira dan profil kredit yang kukuh, kata Axiata dalam kenyataannya di sini hari ini.
“Jumlah yang dikumpul itu bertujuan memastikan syarikat itu dilengkapi sepenuhnya bagi mencatatkan pertumbuhan jangka panjang,” katanya.
“Sebagai pemegang saham terbesar, kami komited memastikan pertumbuhan jangka panjang XL dan sememangnya percayai terhadap potensinya,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Axiata, Datuk Seri Jamaludin Ibrahim.
“Proses kewangan ini menunjukkan sokongan penuh Axiata kepada XL, dan akan menyediakan keupayaan kewangan untuk terus melabur di dalam perniagaannya dan meneruskan pengukuhan kedudukan pasarannya,” katanya.
utusan
-