HONG Leong Bank Group keuntungan sebelum cukai RM1.13 bilion
HONG Leong Bank Group (HLB) meraih keuntungan sebelum cukai RM1.13 bilion dalam tahun kewangannya yang berakhir 30 Jun 2009, meningkat 12 peratus daripada RM1.01 bilion tahun kewangan sebelumnya.
Selepas cukai ditolak cukai, kumpulan perbankan itu meraih keuntungan bersih RM905 juta, naik 22 peratus daripada yang dicatatnya tahun kewangan lalu.
Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutifnya Yvonne Chia berkata, kumpulan itu mencatatkan prestasi menggalakkan meskipun persekitaran mencabar dan berdepan iklim ekonomi makro yang lemah dan menyaksikan keluaran dalam negara kasar pertama menguncup sebanyak 6.2 peratus.
Jumlah deposit pelanggannya meningkat lapan peratus kepada RM67.6 bilion berbanding RM62.5 bilion tahun lalu dan ia adalah antara tiga yang tertinggi dari segi saiz bagi deposit individu ketika ini.
BHarian
