Malaysia bakal menikmati pembukaan pasaran yang lebih besar
KUALA LUMPUR 14 Ogos - Malaysia bakal menikmati pembukaan pasaran yang lebih besar melalui pengurangan duti import ke India apabila Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN-India berkuatkuasa pada 1 Januari 2010.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam kenyataannya berkata, Mesyurat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) - India yang diadakan semalam di Bangkok, Thailand menegaskan mereka mahu FTA mengikut perancangan awal.
Di bawah perjanjian itu memperuntukkan pengurangan dan penghapusan duti secara progresif ke atas sebahagian besar produk-produk yang diperdagangkan oleh ASEAN dan India.
India akan mengurangkan duti import bagi 7,767 tarif atau produk pada 31 Disember 2013 dan 1,260 tarif pada 31 Disember 2016.
