Petronas menyenaraikan sukuk bernilai AS$1.5 bilion
KUALA LUMPUR 14 Ogos - Bursa Malaysia Bhd. mencatatkan sejarah hari ini apabila ia menyenaraikan Sukuk pertama dan bon- bon konvensional Petronas serta Cagamas MBS Bhd.
Petronas menyenaraikan sukuk bernilai AS$1.5 bilion (RM5.25 bilion) dan bon konvensional AS$3 bilion (RM10.5 bilion) di bursa tempatan dan Bursa Kewangan Antarabangsa Labuan (LFX), yang dimiliki penuh oleh Bursa Malaysia.
Sukuk, bon pertama disenaraikan di Bursa Malaysia
Sukuk dan bon berdenominasikan ringgit itu mempunyai tempoh matang antara tiga dan 20 tahun dan distrukturkan berasaskan kepada prinsip Shari’ah Musharakah (Perkongsian Untung dan Rugi).
BERNAMA
